ADAP 4orty Farm Industries Sdn. Bhd.
ADAP 4orty Global Sdn Bhd

‼ ??????? ??? ???? ????? ‼️

Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️

Alhamdullillah, pada 05 September 2020 yang lepas, pihak Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu telah menganjurkan program CSR dengan kerjasama Institut Tahfiz Bintulu, Masjid Darul Hidayah, dan ADAP 4orty Farm Industries Sdn. Bhd., bersempena dengan sambutan Jubli Mutiara JAIS yang ke 30 tahun.

Seramai 25 orang Pegawai Agama daripada JAIS Bahagian Bintulu telah menyertai program tersebut termasuk Ustaz Azhar Bin Hipni, selaku Ketua Program. Program CSR ini juga turut dijayakan bersama Pengerusi Institut Tahfiz Bintulu, Encik Haji Yakub Junid dan para pegawai-pegawai ITB, dan Pengerusi Masjid Darul Hidayah, Encik Haji Omar Latip dan AJK Pengurusan Masjid Darul Hidayah. Manakala rombongan daripada ADAP 4orty Farm Industries Sdn. Bhd. telah diketuai oleh Encik Mohd. Syahir Bin Bolhassan, selaku Ketua Pegawai Operasi Syarikat.

Objektif Program CSR ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua para peserta yang terlibat tentang keprihatinan terhadap tanaman atau pertanian, sekaligus kepentingan berjasa kepada tanah.

Semoga program ini akan mampu memberikan kesedaran kepada semua penduduk di Bintulu amnya dan semua para peserta khasnya untuk terus aktif dalam aktiviti pertanian bagi membantu dalam meningkatkan ekonomi di samping membantu dalam menambahkan lagi pendapatan sampingan.

#adap4orty #4ortyfarm #programcsrjais #instituttahfizbintulu #masjiddarulhidayah #berjasakepadatanah #pertanianadalahperniagaan #jomshare

More info:

‼ ??????? ??? ???? ????? ‼️.Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️.Alhamdullillah, pada 05 September 2020 yang…

Posted by ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. on Rabu, 9 September 2020
ADAP 4orty Global Sdn Bhd