ADAP 4orty Global Sdn Bhd
ADAP 4orty Global Sdn Bhd

‼ ??????? ??? ???? ????? ‼️

Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️

Alhamdullillah, pada 01 Ogos 2020 yang lepas, ADAP 4orty Group of Companies telah menganjurkan Program Ibadah Qurban 144H bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 2020.

Selari dengan firman Allah S.W.T.:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan”
Surah al-Kauthar (2)

Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorban, yang dilakukan di Ladang Bersepadu 4orty Farm, seterusnya dibawa ke 4orty Mart Jepak untuk aktiviti pelapahan, pemotongan, penimbangan, pembungkusan, dan pengagihan. Walau pun kita masih berada dalam tempoh PKPP, namun segala aktiviti telah dilakukan mengikut SOP dengan baik.

Agihan telah disampaikan oleh Encik Awangku Mohd Rezani Bin Awang Daud, selaku Pengarah Syarikat, yang mewakili Pengerusi Syarikat, Y.M Pengiran Dato’ Ts. Daud Bin Pengiran Putera, kepada Penghulu Haji Drahman Bin Kawi – Penghulu Kampung Jepak, KK Haji Sawni @ Sauni bin Sibi (mewakili Kampung Sebuan Besar), KK Osman @ Waini Osman b. Johari (mewakili Kampung Sungai Sebuan Besar), KK Tornychan bin Warimin (mewakili Kampung Warisan Jepak), KK Sahari @ Ali bin Abang (mewakili Kampung Jepak Hilir), KK Ahmad bin Bakar (mewakili Kampung Jepak Hulu), KK Haji Bolhassan bin Semot (mewakili Kampung Sungai Sebuan Kecil), Hj Raduan Ayob (mewakili Kampung Masjid), wakil daripada Adtec dan tidak lupa kepada kakitangan ADAP 4orty.

Semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati serta dirahmati oleh Allah S.W.T. In Shaa Allah, aamiin!

#adap4orty #programibadahqurban1441h #harirayaaidiladha #jomshare

More info:

‼ ??????? ??? ???? ????? ‼️.Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️.Alhamdullillah, pada 01 Ogos 2020 yang lepas,…

Posted by ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. on Isnin, 24 Ogos 2020
ADAP 4orty Global Sdn Bhd