Program Ibadah Qurban 1441H
ADAP 4orty Global Sdn Bhd

Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️

ADAP 4orty Group of Companies akan mengadakan Program Ibadah Qurban bersempena dengan Hari Raya Qurban 1441H, pada 11 Zulhijjah 1441H bersamaan 01 Ogos 2020M di perkarangan 4orty Mart Cawangan Jepak.

Penyertaan Program Ibadah Qurban 1441H ADAP 4orty dibuka kepada semua warga ADAP 4ORTY serta muslimin dan muslimat.

Firman Allah S.W.T.:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

“Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan”
Surah al-Kauthar (2)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
Riwayat al-Tirmizi (1493)

Rebutlah ganjaran pahala daripada Allah S.W.T. dengan menyertai ibadah qurban bagi tahun ini!

Setiap bahagian ialah RM880.00 (Lembu)
Tarikh akhir penyertaan ialah pada 30 Julai 2020M

Borang Penyertaan Program Ibadah Qurban 1441H ADAP 4orty boleh didapati di Pejabat ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. atau di mana-mana premis milik ADAP 4orty Group of Companies.

Muat turun borang secara online: DOWNLOAD HERE!

Borang Penyertaan serta bayaran boleh diserahkan kepada Bendahari di pejabat:
ADAP 4ORTY GLOBAL SDN. BHD.
No. 256, First Floor, Lot 2939,
Bintulu Town District,
Taman Sri Dagang, Jalan Abang Galau,
97000 Bintulu, Sarawak.

No. Tel: 086 – 314814
No. Fax: 086 – 310956
Email: 40global@adap4orty.com.my
www.adap4orty.com.my

“MELESTARIKAN KESEJAHTERAAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH”

#adap4orty #programibadahqurban #harirayahaji #aidiladha #programcsr #humanityisourresponsibility

More info:

Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️.ADAP 4orty Group of Companies akan mengadakan Program Ibadah Qurban…

Posted by ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. on Ahad, 19 Julai 2020
ADAP 4orty Global Sdn Bhd