ADAP 4orty Global Sdn Bhd
ADAP 4orty Global Sdn Bhd

 ??????? ???? ??? ???? ????? ‼️

Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️

Salam 23 Syawal!

 

Kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa. Meskipun sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini agak terbatas disebabkan penularan wabak Covid-19, namun, raya tetap raya, selagi mana SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dipatuhi semasa tempoh PKPP ini. Penggunaan penutup muka, mengekalkan jarak sosial, dan penggunaan hand sanitizer, menjadi norma baru bagi kita semua untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

 

Tahun ini, rombongan ADAP 4orty Group of Companies yang diketuai oleh Encik Awangku Mohd Rezani Bin Awang Daud, selaku Pengarah Syarikat, yang mewakili Pengerusi Syarikat, Y.M Dato’ Pengiran Daud Bin Pengiran Putera, turut diiringi oleh Pengarah-Pengarah Syarikat yang lain, Puan Dayangku Nur Hudallilmuttaqin Binti Awang Daud, Puan Dayangku Shazana Rawaida Binti Awang Daud, Puan Dayangku Maryam Binti Awang Daud, dan Puan Dayangku Atiqah Binti Awang Daud, bersama warga ADAP 4orty telah mengambil inisiatif untuk berkongsi rezeki yang ada dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk di Kampung Kemunting, Bintulu.

 

Inisiatif ini diraikan dengan cara menyampaikan hadiah ikhlas dan duit raya kepada penduduk Kampung Kemunting, yang dihantar dari rumah ke rumah. Syukur ke hadrat Illahi dengan berkat dan rahmat-Nya, dengan kerjasama KK Kampung Kemunting, Encik Haji Abu Kassim bin Haji Hamzah, JKKK Kampung Kemunting, dan penduduk kampung, Alhamdullillah, program ini telah berjalan dengan lancar.

 

Melihat senyuman dan raut wajah yang gembira daripada semua penduduk kampung, membuatkan kami turut berasa gembira dan lega hati. Segala kekurangan dan kesilapan daripada kami, sepuluh jari kami susun memohon keampunan.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf zahir dan batin!

 

Dengan tulus ikhlas daripada kami:

ADAP 4orty Group of Companies

#adap4orty #selamatharirayaaidilfitri #maafzahirdanbatin

More info:

‼ ??????? ???? ??? ???? ????? ‼️.Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️.Salam 23 Syawal!.Kemeriahan Aidilfitri…

Posted by ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. on Ahad, 14 Jun 2020
ADAP 4orty Global Sdn Bhd