ADAP 4orty Global Sdn Bhd
ADAP 4orty Global Sdn Bhd

 ??????? ???? ??? ???? ????? ‼️

Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️

Pada 06 March 2020, ADAP 4ORTY Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan kerjasama AJK Masjid Al-Amin, Kampung Haji Ismail Kuala Tatau, telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat ADAP 4orty. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang pagi tadi adalah seperti gotong royong membersihkan kawasan dalam dan sekitar masjid, mengecat masjid, memasak dan menyediakan makanan, dan majlis perasmian dan penyampaian sumbangan ikhlas kepada asnaf dan masjid.

Program tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Rahim Bin Haji Shadan (Penghulu Kuala Tatau), Puan Haliza Binti Haji Mudin (Ketua Kampung Haji Ismail), Encik Ramli Bin Tema (Ketua Kampung Nur Iman), Encik Morsidi Bin Seka (Ketua Kampung Hilir), Encik Lukman Bin Juwen (Ketua Kampung Seberang Jaya), Tuan Haji Sahari @ Sari Bin Man (Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Amin Kuala Tatau) dan telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Syarikat ADAP 4orty Travel & Tours Sdn. Bhd., Puan Dayangku Atiqah Binti Awang Daud, yang mewakili Pengerusi Syarikat, Y.M Dato’ Pengiran Daud Bin Pengiran Putera, sekaligus menyampaikan sumbangan ikhlas berupa barangan keperluan kepada asnaf dan juga set PA System dan cat kepada wakil AJK Masjid Al-Amin, Tuan Haji Sahari @ Sari Bin Man, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Amin Kuala Tatau.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada tetamu-tetamu kehormat, AJK-AJK masjid, dan para penduduk kampung yang hadir bagi bersama-sama membantu dalam menjayakan program tersebut. Layanan yang sangat ramah dan semangat kerjasama dan komitmen yang diberikan sangat memberangsangkan. Diharap jalinan ukhwah ini akan terus dapat dikekalkan di masa akan datang.

Aktiviti akan diteruskan di mana pada sebelah petang pula akan diadakan sesi pengenalan pakej Umrah dan pengurusan asas dan pada sebelah malam pula akan diadakan tazkirah dan rawatan Ruqyah Syar’iyyah dari Persatuan Perubatan Islam Ruqyah Syar’iyyah Bahagian Bintulu.

Jangan lepaskan peluang ini dan jommm ramai-ramai hadir ke Masjid Al-Amin Kuala Tatau!

#adap4orty #adap4ortytravelntours #programkhidmatmasyarakat #masjidalaminkualatatau #pakejumrah #ruqyah #jomshare

More info:

‼ ??????? ???? ??? ???? ????? ‼️.Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️.Pada 06 March 2020, ADAP 4ORTY Travel &…

Posted by ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. on Khamis, 5 Mac 2020
ADAP 4orty Global Sdn Bhd