ADAP 4orty Global Sdn Bhd
ADAP 4orty Global Sdn Bhd

 ??????? ???? ??? ???? ????? ‼️

Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️

Pada 04 March 2020, ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. telah menerima rombongan daripada Politeknik Mukah, Sarawak. Seramai 38 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dan 2 orang pensyarah pengiring yang diketuai oleh Encik Mohd Fadzli Bin Jawawi, selaku Ketua Unit Keusahawanan bersama Puan Rozaida Binti Halil, selaku Pensyarah, telah mengadakan Program Lawatan Ilmiah Keusahawanan ke ADAP 4orty Global Sdn. Bhd.

Rombongan lawatan tersebut telah dibawa melawat Kedai Pertanian 4orty Agrishop dan Kilang Pertanian 4orty Farm, yang dimiliki oleh ADAP 4orty Farm Industries Sdn. Bhd., yang mana sesi taklimat korporat mengenai ADAP 4orty Group of Companies telah disampaikan oleh Encik Yusuff Bin Ali, selaku Penasihat Korporat Syarikat ADAP 4orty Global Sdn. Bhd.

Rombongan lawatan tersebut kemudiannya dibawa melawat 4orty Mart, yang dimiliki oleh ADAP 4orty Store Sdn. Bhd. Sesi taklimat pengenalan mengenai penubuhan dan operasi 4orty Mart telah disampaikan oleh Pengurus ADAP 4orty Store Sdn. Bhd., Encik Azrol Bin Suhaimi.

ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. berharap dengan adanya program seperti ini akan dapat membantu sedikit sebanyak dalam memberi input yang berguna kepada para pelajar tersebut. Diharap kerjasama yang baik antara kedua belah pihak akan terus terjalin untuk di masa akan datang.

#adap4orty #lawatanilmiahkeusahawanan #politeknikmukah #jomshare

More info:

‼ ??????? ???? ??? ???? ????? ‼️.Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️.Pada 04 March 2020, ADAP 4orty Global Sdn….

Posted by ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. on Khamis, 5 Mac 2020
ADAP 4orty Global Sdn Bhd