ADAP 4orty Global Sdn Bhd
ADAP 4orty Global Sdn Bhd

 ??????? ???? ??? ???? ????? ‼️

Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️

23 ORANG TUAI RUMAH KAWASAN DUN JEPAK N.67 MENYERTAI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR ANJURAN ADAP 4ORTY GLOBAL SDN. BHD.

Pada 11hb Januari 2020 dan 12hb Januari 2020 yang lepas, seramai 26 orang peserta termasuk 23 orang Tuai Rumah dari kawasan Dewan Undangan Negeri Jepak N.67 telah menyertai Program Lawatan Sambil Belajar ke Miri. Program tersebut adalah di bawah anjuran ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. yang mana telah dirancang sejak dari tahun 2019, cetusan idea daripada Pengerusi Syarikat sendiri iaitu Pengiran Dato’ Daud Bin Pengiran Putera. Objektif program adalah untuk memperkenalkan perniagaan yang berpotensi bagi membantu menaiktaraf ekonomi penduduk setempat. Peranan ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. adalah sebagai pemudah cara kepada para peserta yang berminat untuk menjalankan perniagaan tersebut. Seramai 4 orang pengiring yang diketuai oleh Encik Awang Morsal Bin Awang Biak telah membawa para peserta melawat ke kawasan-kawasan yang menarik di sekitar kawasan Miri.

Program bermula seawal pukul 08.00 pagi pada 11hb Januari 2020, di mana para peserta telah berkumpul di 4orty Inn sebelum bersama-sama menaiki bas pada pukul 09.00 pagi untuk bertolak menuju ke Miri.

Perjalanan menuju ke Miri mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Setibanya di Miri, para peserta telah dibawa untuk menikmati hidangan makanan tengah hari di Pusat Kraftangan Miri. Kemudiannya, para peserta telah dibawa untuk melawat ke kawasan ternakan ikan tilapia di Luak Bay dan kawasan ternakan ikan empurau di Riam. Pelbagai input yang telah diperolehi. Para peserta telah diajar bagaimana cara untuk menternak ikan-ikan tersebut selain daripada diajar bagaimana cara untuk memulakan perniagaan bagi yang berminat untuk menjalankan perniagaan ternakan ikan tilapia dan ikan empurau.

Para peserta kemudiannya dibawa untuk menginap di tempat penginapan yang telah diatur. untuk merehatkan diri sebelum keluar semula untuk menikmati hidangan Steamboat pada sebelah malamnya dan seterusnya pulang ke hotel semula untuk berehat.

Pada 12hb Januari 2020, aturcara program bermula seawal pukul 08.00 pagi di mana para peserta dibawa untuk menikmati sarapan pagi dengan masakan semenanjung iaitu nasi kukus dan nasi kerabu. Seterusnya, para peserta dibawa untuk melawat The Grand Old Lady dan Muzium Petroleum Sarawak. Melalui pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh ketua pengiring, Encik Awang Morsal Bin Awang Biak telah berkongsi pelbagai input yang berguna dengan para peserta mengenai industri minyak dan gas di Sarawak.

Aktiviti bebas merupakan aktiviti terakhir sebelum para peserta berangkat pulang ke Bintulu. Para peserta dibawa ke bandar Miri untuk melawat kawasan sekitar dan membeli belah. Tepat pukul 02.00 petang, para peserta berangkat pulang ke Bintulu dan tiba di Bintulu sekitar pukul 06.00 petang. Para peserta kemudiannya bersurai untuk pulang ke rumah masing-masing.

#adap4orty #programlawatansambilbelajar #anjuranadap4ortyglobalsdnbhd #humanityisourresponsibility

Watch video here:

More info:

‼ ??????? ???? ??? ???? ????? ‼️.Assalammualaikum wbt and Hye guys.. ?‍♂️.23 ORANG TUAI RUMAH KAWASAN DUN JEPAK N.67…

Posted by ADAP 4orty Global Sdn. Bhd. on Ahad, 12 Januari 2020
ADAP 4orty Global Sdn Bhd